Tuesday, 10 September 2019

Rahsia Prebiotik Arabic Gum Almuhayya (al-manna)

Assalamualaikum.. ❤

Ramai yang masih belum mengenali ataupun tahu rahsia Prebiotic AlManna untuk sistem tubuh badan kita. Subhanallah,almanna hanyalah getah kristal yg wujud dari zaman Nabi Musa alaihissalam yg mempunyai rahsia besar untuk pemulihan kerosakan tubuh badan kita. Al Manna disebut dalam AlQuran sebagai makanan tayyebat.

Arabic gum dari pokok Acacia senegal 


Kebaikan Al Manna pada kesihatan :

• Menguatkan sistem pertahanan tubuh badan.

• Melegakan cirit-birit.

• Merawat sembelit.

• Merawat penyakit lelah.

• Merawat alergik.

• Merawat demam.

• Merawat bengkak.

• Mencantikan kulit & kuku.

• Menguatkan gigi.

• Menggalakkan pengeluaran sel darah merah.

• Meningkatkan peredaran darah.

• Mengembalikan kekuatan tubuh.

• Mengurangkan tekanan darah tinggi.

• Mengawal kadar glukos dalam darah (Diabetes).

• Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air kecil / besar.

• Menguatkan Jantung.

• Membersihkan usus.

• Membantu penghadaman.

• Awet muda.

• Menyeimbangkan hormon.

• Menstabilkan paras kolesterol.

• Merawat selesema dan mengurangkan batuk yang berpanjangan.

• Merawat resdung


• Antioksidan yang tinggi.

• Menjaga kesihatan kulit.

• Menyihatkan gigi.

• Membunuh bakteria jahat dalam tubuh.

• Menguatkan tulang.

• Membantu melawan sel-sel kanser.

• Merawat penyakit radang paru-paru.

• Menghilangkan/memulihkan keletihan dengan cepat.

• Sebagai bahan/agen penenang bagi masalah kemurungan & kerungsingan.

• Merawat penyakit Insomnia (sukar tidur malam).

• Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut, usus,& buah pinggang.

• Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.

• Merangsang minda untuk lebih peka lebih daya tumpuan.

• Menguatkan ingatan.

• Mencerdaskan sel-sel ingatan yang telah kabur.

• Menambahbaik system penghadaman dan membantu proses ditoksifikasi.

• Meningkatkan kesuburan.

• Meningkatkan kandungan bakteria baik dan menghalau bakteria jahat di dalam usus besar.

• Merawat penyakit gout.

• Merawat penyakit saraf, sendi, lutut.

• Mengurangkan gejala penyakit Anxiety Disorder.

• Merawat penyakit kulit eczema.


• Merawat buasir.

Di negara Arab ia digelar “Bread from heaven” kerana Arabic Gum atau Al manna ini ada disebut di dalam kitab Al-Quran dalam surah Al-baqarah ayat 57

Surah Al-Baqarah ayat 57

KAJIAN YG DILAKUKAN KE ATAS ALMANNA ARABIC GUM

1. The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.

2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) &World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.

3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.
Serbuk Arabic Gum Almanna putih bersih bebas dari urat kayu dan debu pasir

4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baikprebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendinding kepada keracunan hati dan jantung.

5. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition, melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkankesan buruk CRF.

6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.

7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. (Sila dapatkan nasihat doktor anda).

8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.

9. Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.

10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah.

11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.


12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.

13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain.

14. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes.

15. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah.

16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon.

17. Laman web http://inrfood.com/ menyatakan Gum Arabic selamat diminum oleh ibu mengandung. Malah bayi juga dpat antibodi yg diperam.

JOM BACA APA KATA MEREKA 








450 gram hanya RM66 bagi semenanjung dan RM70 bagi sabah/sarawak (harga termasuk kos postage)

*harga yang kami tawarkan adalah sangat murah kerana kami mengambil bekalan stok direct dari negara sudan dan bukannya melalui orang tengah.


BERMINAT?  

Bagi yang berada di  Bachok, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa in shaa Allah syera boleh COD , yang luar kawasan jangan risau.
Yang dekat kita cod yang jauh kita pos.😄

Anda berminat?  Boleh klik link ini www.wasap.my/60179088566/prebiotic




Wednesday, 24 July 2019

PREBIOTIK ARABIC GUM (manfaat/kebaikan arabic gum)

Kali ini syera ingin menulis tentang prebiotik arabic gum Almuhayya. Asal kisah nya syera try amalkan arabic gum ni untuk resdung dan eczema syera sendiri dan alhamdulillah agak serasi dan makin sembuh. Bila kita sendiri dah merasai kesan nya maka makin seronok lah untuk kongsi kebaikan nya bersama kalian kan?

Maka dengan langkah beraninya syera daftar kan diri sebagai agent arabic gum Almuhayya area bachok dan seangkatan dengan nya. Stok sentiasa ada 24jam 😊



Mungkin anda lebih familiar dengan PROBIOTIK  yang banyak terkandung dalam yogurt. Namun, PREBIOTIK juga tidak kalah manfaatnya bagi kesihatan tubuh.


APAKAH ITU  P R E B I O T I K ?

Prebiotik ialah makanan bagi bakteria baik (probiotik) dalam sistem penghadaman. Bakteria baik amat penting untuk meningkatkan sistem daya tahan badan bagi melawan segala jenis penyakit.

Arabic Gum Almuhayya


Al-Manna (arabic gum) Almuhayya mengandungi prebiotik yang berasal dari tumbuhan yang hidup secara semula jadi. Ia hasil daripada pokok Acacia Senegal dan ia merupakan sumber prebiotik semulajadi yang paling kaya diantara tumbuhan di dunia.



MANFAAT/KEBAIKAN ARABIC GUM 


Manfaat arabic gum untuk tubuh badan kita adalah sangat banyak. Antaranya ialah :
  • Hilangkan keletihan dan kerungsingan
  • lelah /astma
  • Pulihkan gastrik
  • pulihkan gerd (reflux)
  • Atasi sembelit dan buasir
  • Merawat anxiety disorder
  • Mengstabilkan hormon
  • Merawat keputihan
  • Jerawat dan Kencing kotor 
  • Kuatkan sistem pertahanan badan
  • Memulihkan batuk kahak 
  • Eczema, penyakit kulit dan kerap demam
  • Sesuai untuk autism, anemia
  • Sesuai untuk kanak-kanak g6pd
  • Menurunkan paras kolestrol
  • Mengawal kadar glukos (Diabetis)
  • Menguatkan tulang
  • Memudahkan penghadaman
  • Lawas membuang
  • Kesuburan
  • Menggalakkan pengeluaran sel darah merah
  • Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut, usus dan buah pinggang.
  • Meningkatkan penghasilan bakteria baik dan menghalau bakteria jahat.
  • Menurunkan paras kreatinin



APA BEZA ARABIC GUM BRAND ALMUHAYYA DENGAN PASARAN LUAR?

Ramai tanya syera apa bezanya? Pasal katanya berlambak kot orang jual kat luar sana tu. Sampai tak boleh nak agak tu arabic gum asli ke tak.Untuk soalan tu syera ada jawapan nya.


  1. Serbuk arabic gum Almuhayya merupakan terbesih di pasaran.
  2. Serbuk putih bersih.
  3. Sumber gred terbaik dari pohon Acacia Senegal dari negara arab Sudan
  4. Gam acacia adalah rapuh, tidak berbau dan tidak mempunyai rasa. 
  5. Larut sepenuhnya 10 minit selepas dikacau/shake. (arabic gum asli akan berketul dan lambat larut bila dimasukkan didalam air walaupun keadaannya bentuk serbuk)
  6. Bebas dari urat kayu dan debu pasir.
  7. Larutan jernih dan lebih pekat.
  8. TIDAK mengandungi pelarut instant maltodextrin. 
  9. Harga yang sangat murah dan berpatutan. 
  10. 450 gram hanya RM66 bagi semenanjung dan RM70 bagi sabah/sarawak (harga termasuk kos postage)
*harga yang kami tawarkan adalah sangat murah kerana kami mengambil bekalan stok direct dari negara sudan dan bukannya melalui orang tengah.


BERMINAT?  

Bagi yang berada di  Bachok, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa in shaa Allah syera boleh COD , yang luar kawasan jangan risau. Bak pepatah dari wakanda ''yang dekat kita cod yang jauh kita pos''. 😄

Boleh whatsapp syera untuk info lebih lanjut


Friday, 19 July 2019

Bedtime Animal Stories ( WHY ANTS HAVE SUCH SMALL WAIST)

KERENGGA : WEAVER ANTS


There was once a kingdom of ants deep inside a forest. Raja Kerengga, the ruler of the kingdom, was a wise and just sultan. He was highly respected and loved by all his subjects.

Whenever there were problems among his subjects, Raja Kerengga was able to overcome them by making good decisions. As a result, there was always peace and harmony among the ants in his kingdom. There was no hatred and jealousy.

One day there was a heavy rainfall and the ants started to panic. Raja Kerengga was worried for his subjects. He know that he had to do something quickly to save his people.

He called his advisor and said, ''The rain is very heavy. If it does not stop, I'm afraid that there will be serious flooding. Our kingdom is in great danger,'' said the sultan.

''You are right,Tuanku! What do you think we should do to save ourselves?'' asked the advisor.

''Shall we move to the higher parts of the trees?'' suggested Raja Kerengga. ''But what if the floods are really bad, Tuanku? We will still be in danger of getting drowned!'' replied his advisor.

''May i propose that we find shelter inside a cave. We can keep the water out by closing the mouth of the cave.''

Raja Kerengga was pleased with this suggestion. ''That is a brilliant idea. Now go and quickly find a suitable cave and instruct all our people to move into it. Do not waste any more time!'' ordered the king.

The same day the ants moved into the cave. Now, they were safe from the floods. Outside the cave the flood water rose high and destroyed many parts of the forest.

Although the ants were now safe from the floods, they were not able to find food. Soon many of the ants died of starvation. Raja Kerengga was greatly saddened by this.

One day his advisor approached the king and said, ''The ants are starving, Tuanku.We don't have any food left. If we don't go out and find food, soon all of us will surely die.''

Raja Kerengga turned to another advisor and said, ''We have to do something! Otherwise, we will all die here. Do you have any idea?''

The advisor spoke up, ''Your Highness, I have a suggestion. Let us tie up our stomach. If our stomachs are tightened, We will not feel hungry.''

Raja Kerengga agreed with the suggestion and ordered everyone to tighten their stomach until their stomach become very small.

All the ants immediately followed the advice of their sultan.

After many days, the floods started to subside. The ants felt happy that they could now go out and find some food.

They started moving slowly out of the cave to return to their former ground. They loosened their stomach and started leading a normal life. But after a few weeks,they realized that their stomach remained the same as it was in the cave.


Although they were eating regularly, their stomach did not grow back to it's normal size. ''Look at our waist. They are still so small!'' shouted the ants to one another. They looked very worried.

Raja Kerengga was calm. He said, ''Do not panic, my people. We have to accept this fate. Whats important is that we are still alive! After all, you look more attractive now. It will also enable you to move faster and do more work.''

When the ants heard this from their sultan, they took another good look at themselves and realized that they looked much better than before.

So they stopped worrying and went about their lives happily. From that time onwards, as you would have noticed, the waist of ants are extremely small. Perhaps that is why ants are such industrious creatures.


THE END..


Glossary

1- Overcome : to solve a problem you face
2- Harmony : peaceful condition
3- Panic : to be so frightened that you do not know what to do
4- Shelter : a place to feel safe in
5- Brilliant : very clever 
6- Starvation : not having any food to eat for a long time
7- Approached : go towards someone or something
8-Subsiding : to get to a lower level
9- Attractive : very nice to look at
10- Enable : make someone able to do something


Tuesday, 9 July 2019

Kisah Bau Kasturi dan Zina (pemuda soleh si penjual kain)



Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..

Kasturi kijang asli

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya.

Friday, 28 June 2019

Kisah si kaya dan si miskin (nasihat di dalam perniagaan)





Ada seorang kaya bertanya pada seorang miskin. Jika aku boleh tunaikan satu permintaan kamu, apa yang ingin kamu minta.

Jawabnya,
"Aku mahu minta kamu berikan aku modal berniaga. Aku orang miskin mana mungkin aku mampu untuk mulakan perniagaan."

"Kamu pernah berniaga?"

"Tak pernah tapi aku ingin mencuba untuk ubah nasibku"

Orang kaya itu berkata.
"Baik. Tapi ada satu syarat yang perlu kamu penuhi. Esok jam 5 petang tunggu aku di tebing sungai"

Kerana orang miskin itu terlalu menginginkan dirinya dibantu dia tidak banyak soal. Lalu esoknya dia menunggu orang kaya itu datang di tebing sungai. Setelah orang kaya sampai si miskin tadi tidak sabar lagi untuk menerima wang modal yang dijanjikan.

Sesampai orang kaya itu dia berkata,
"Berapa modal yang kamu inginkan? Berikan sekali kegunaannya."

"Tak banyak orang kaya. Cukuplah 3 ribu. Aku ingin membeli barang jualan dengan wang itu"


"Boleh. Tapi syaratnya ambil pancing dan umpan ini.

Dan pancinglah 100 ekor ikan. Setelah itu aku akan berikan wang yang kamu minta tadi."

Si miskin kehairanan.
"Aku ingin meminta wang. Kenapa aku mesti memancing? Aku tak pernah memancing bagaimana aku ingin mendapat sehingga 100 ekor ikan?"

"Ini kan syarat aku? Jika tidak dapat 100 ekor hari ini. Esok kamu cuba lagi"

Si miskin akur. Lalu dia pun mula memancing. Selepas berjam-jam ikan masih tidak kelihatan. Sampai lah hari gelap ikan masih tak kelihatan. Dia kelihatan hampa.

Keesokan harinya si kaya datang dan bertanya si miskin.

"Sudah dapat ikannya?"

"Belum. Mana mungkin aku akan dapat ikan. Aku tak pernah punya pengalaman dan ilmu memancing. Sampai bila lagi aku harus tunggu?"

"Sabar. Cuba lagi sehingga dapat. Esok aku akan datang semula"

Hari ke 2 juga si miskin gagal mendapatkan ikan. Lalu si miskin mula merasa bosan.

Tiba hari ke 3 si kaya bertanya lagi. Sudah dapat ikannya?

Si miskin mula marah.
"Aku ingin kau membantu aku pinjamkan aku modal. Tapi kau menyuruh aku memancing 100 ekor ikan. Mana mungkin aku akan dapat 100 ekor. Kalau nasib aku baik mungkin aku hanya mampu dapatkan 2, 3 ekor ikan. Berapa lama harus aku tunggu untuk dapatkan modal tersebut?"

Si kaya menjawab.
"Sabar. Mari duduk di sini. Aku ada bawakan minuman untuk kau."

"Betul kau penat?"
Tanya si kaya pada si miskin.

"Sudah tentu aku penat. Aku duduk di sini berpanas tapi hasilnya tak ada!"

"Jadi sekarang kamu masih inginkan wang modal untuk berniaga?"

"Ya sudah tentu. Aku sudah di sini 3 hari menunggu wang tersebut"

"Kamu boleh janji untuk melunaskan bayaran hutang kamu pada aku dalam masa 6 bulan?"

"Ya sudah tentu aku boleh usahakan"

"Bagaimana kamu yakin kamu mampu lunaskan hutang aku dalam masa 6 bulan? Sedangkan baru 3 hari kamu memancing tapi tiada hasil kamu sudah marah-marah dan berputus asa?"

Si miskin tersentak. Dia terdiam mendengar persoalan si kaya. Lalu si kaya berkata.

"Perniagaan ini sama juga seperti memancing. Tanpa ilmu dan pengalaman kamu akan mudah kecundang walaupun kamu sudah mempunyai modal (pancing &  umpan).

Kamu berkata kamu yakin sekali akan mampu membayar hutangku. Tapi yakinkah kamu yang perniagaan kamu akan untung? Sedangkan baru memancing 3 hari kamu sudah putus asa.  Perniagaan sebenarnya jauh lebih mencabar. Kamu yakin bila kamu berniaga kamu takkan putus asa?"

"Tapi aku boleh mencuba. Dengan modal yang aku minta aku yakin aku punya cukup wang untuk jalankan perniagaan yang aku suka"

"Begini. Mahukah kamu jika aku tunjukkan cara yang betul untuk memancing agar kamu dapatkan 100 ekor ikan? Maka kamu akan mendapat wang modal yang kamu inginkan?"

"Ya sudah tentu. Ajarkan aku!"

Maka si kaya mula mengajarkan si miskin cara-cara dan teknik memancing yang betul. Sehari demi sehari si miskin makin pandai memancing. Setiap kali berhasil dan mendapat ikan si kaya menyuruh si miskin pergi berjualan hasil ikannya. Wang itu diserahkan pada si kaya.

Sampailah cukup 100 ekor ikan. Si miskin kelihatan begitu girang sekali kerana berjaya memenuhi syarat si kaya.

"Orang kaya. Aku dah berjaya penuhi syarat kau. Boleh kah aku mendapat wang modal yang kau janjikan?"

Lalu si kaya mengeluarkan sejumlah wang.


"Nah ambil wang ini. Tapi tak perlu dibayar semula"

"Kenapa orang kaya? Kan aku sudah janji aku ingin membayar semula wang yang aku pinjam ini?"

"Ini adalah wang kau hasil daripada jualan ikan yang kau jual."

Si miskin sangat terharu sehingga menitiskan air mata.

"Terima kasih orang kaya kerana memberikan aku ilmu. Hari ini baru aku faham kenapa kau meminta aku untuk memancing 100 ekor ikan. Tanpa tunjuk ajar kau aku yakin aku takkan mampu berjaya dalam perniagaan"

"Aku juga pernah diajar memancing seperti kamu. Berkat kesabaran aku berjaya menjadi seperti apa kau lihat hari ini".

Akhirnya si miskin meneruskan memancing dan menjual ikan sehingga dia mampu menjadi pembekal ikan terbesar di daerahnya. Lalu dia kini menjadi orang kaya.

Sahabat sekalian.
Seringkali kita merasakan ujian demi ujian yang hadir ke dalam hidup kita ini sebagai satu bebanan dan hukuman. Tapi jarang kita memandang sisi baik di setiap ujian yang mendatang dalam hidup kita.

Perjalanan menuju kejayaan itu tidak mudah. Seringkali disulami dengan kegagalan, kekecewaan, kesedihan dan keperitan. Tapi di sebalik semua itu tanpa kita sedar kita menjadi semakin kuat, kita lebih bijak, bertambah ilmu dan pengalaman. Dan seandainya kita sanggup bertahan, kita pasti akan mencapai kejayaan.

Teruskan perjuangan sahabatku.
Proses kejayaan itu memang tidak cantik. Seringkali tidak diendahkan sesiapa. Tetapi berlian tidak akan terhasil tanpa tekanan yang sangat kuat. Ketahuilah siapa pun kita hari ini tidak menentukan siapa kita pada hari esok.

Teruskan melangkah jangan pernah mengalah!

Rahsia Prebiotik Arabic Gum Almuhayya (al-manna)

Assalamualaikum.. ❤ Ramai yang masih belum mengenali ataupun tahu rahsia Prebiotic AlManna untuk sistem tubuh badan kita. Subhanallah,alma...